Thursday, April 4, 2013

Doktor Umum Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad








Barat menyifatkan sebagai seorang yg keras kepala, perkauman, anti- Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yg menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yg paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yg terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yg penuh harapan.

Sungguhpun demikian , beliau tidak terlepas daripada kontroversi, selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang. Tidak ramai pemimpin yg berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dlm tempoh singkat selama dua dekad.

Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dlm membentuk Malaysia moden.


Harga RM 59.90
MPH PUBLISHING


No comments:

Post a Comment