Tuesday, September 21, 2010

Ketupat oh Ketupat..

Ketupat cam nie ler payah nak buat....

Hari nie aku cuba- cuba buat ketupat.. untuk hiasan kat dalam Library bersempena Jamuan Hari raya nanti yg akan diadakan pada 30.9.2010..( Khamis).. aku pun cubalah tapi tak jugak menjadi.. tersilap pusing da jadi ketupat pe ntah.. aku pun tak pernah nampak ketupat cam nie.. he he.. Percubaan hari nie gagal.. sok aku nak cuba wat lagi..


Kak Miss da jadi da buat ketupat.. ketupat bawang.. Yazid pun da berjaya wat ketupat bawang nie.. aku masih tak berjaya jugak wat ketupat saty aku.. tapi aku akan cuba sampai berjaya.. tengoklah nanti..


Si ucu ngan Ayu lagi tak tau buat ketupat.. makan ketupat tau lah.. almaklumlah dah ade ketupat segera berbagai jenama.. ade ketupat Adabi, ketupat Nona dan bemacam lagi.. aku pun dah lupa jenama yg banyak dipasaran..


Sedap betul lah ketupat asli nie kalau kite makan ngan rendang.. sesetengah orang macam tak suka sebab bila kite belah ketupat nie ianyer macam berwarna ckit.. tak lah putih bersih macam ketupat segera.. bagi aku lak aku tak kisah janji ketupat.. aku suka jer..


Sekarang nie nak makan ketupat tak yah tunggu raya.. hari2 pun ade.. oh yer baru aku teringat satu ketupat bernama ketupat sotong.. biasanyer ketupat nie hanya terdapat di negeri Terengganu..sedap jugak ketupat nie.. sotong yg disumbat ngan pulut.. dan berkuahkan santan.. nyam nyam sedapnyer..


Ketupat palas pun sedap jugak.. kalau negeri di sebelah utara tak sah kalau raya tak de ketupat nie..orang-orang Kedah nie memang tak makan nasi impit.. sebab aku pernah bagi anak buah ku yg datang dari Kedah menjamah nasi impit dikatanyer UBI.. kelakar nak tergelak aku..


Ketupat oh ketupat.. memang tak lengkap raya kalau tak de ketupat.. he he he..

2 comments:

  1. salam bib !

    belajar ... jangan x belajar ! moga berjaya ek !

    ReplyDelete
  2. Da berjaya la kak Miss.. Yahoo..

    ReplyDelete