Tuesday, February 7, 2012

Awan Nano

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
awan
Pabila terik panas
segera hadirnya memayungi diri...

Pabila kau dahaga
sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yg kau mahu

Begitulah awan nano
setia melindungi diri
tika panas menuba menggores pipi
dan bibir mu...

Begitulah awan nano
sering saja tak terduga hadir
dan tak akan tercapai jejarimu...

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
bagaimana pun jua

awan kekasih sebenarmu sayang
walaupun tak akan tercapai jejarimu..

Lihat diriku ini
yg sesekali pernah kau bagaikan awan
sehingga tak mungkin terlupa
berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
setitis pun air matamu kasihku
sehingga kau katakan
aku lah awan itu yg kau rindu..


Awan Nano ku telah pun pergi berarak meninggalkan ku pada tanggal 14 Januari yg lalu..Aku amat merindui Awan Nano itu..

No comments:

Post a Comment