Tuesday, July 30, 2013

Penulisan Perdana.. Selangor Negeri Maju, Sejahtera dan Berkebajikan



Di mana bumi dipijak disitulah langit dijunjung. Sebagai anak watan di bumi yg bertuah dan tempat tumpahnya darah, pastinya Selangor negeri yg sentiasa di hati. Peralihan tampuk pemerintahan tidak sesekali mengalihkan rasa cinta kecintaan terhadap negeri bertuah ini.

Berpaksikan kpd visi Selangor negeri idaman, maju , sejahtera dan berkebajikan pastinya legasi kecemerlangan negeri Selangor di bawah pucuk pimpinan terdahulu bukan setakat dikekalkan malahan pelbagai pembaharuan dilakukan di bawah pimpinan sekarang dan pastinya untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor.

Negeri kebajikan mementingkan pembangunan tetapi matlamatnya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan. Hakikatnya jika kebajikan rakyat di dahulukan dan menjadi agenda utama negeri pastinya negeri ini menjadi idaman kpd sesiapa sahaja.

Ibarat sepohon pokok apabila sentiasa di bajai pastinya akan mekar dan mengeluarkan hasil, begitulah apabila rakyat diberi perhatian tentulah kehidupan mereka akan lebih sejahtera dan kemakmuran akan terus dinikmati.

Sesungguhnya antara rakyat dan pemimpin saling memerlukan untuk pembangunan sesebuah Negeri. Kepada warga Selangor marilah kita sama2 berganding bahu dan melangkah seiringan demi menjayakan pelbagai agenda yg telah dirancang. Secara keseluruhannya Visi Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan merupakan visi yg sgt murni.

No comments:

Post a Comment