Tuesday, July 30, 2013

Penulisan Perdana.. Selangor Negeri Maju, Sejahtera dan Berkebajikan



Di mana bumi dipijak disitulah langit dijunjung. Sebagai anak watan di bumi yg bertuah dan tempat tumpahnya darah, pastinya Selangor negeri yg sentiasa di hati. Peralihan tampuk pemerintahan tidak sesekali mengalihkan rasa cinta kecintaan terhadap negeri bertuah ini.

Berpaksikan kpd visi Selangor negeri idaman, maju , sejahtera dan berkebajikan pastinya legasi kecemerlangan negeri Selangor di bawah pucuk pimpinan terdahulu bukan setakat dikekalkan malahan pelbagai pembaharuan dilakukan di bawah pimpinan sekarang dan pastinya untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor.

Negeri kebajikan mementingkan pembangunan tetapi matlamatnya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan. Hakikatnya jika kebajikan rakyat di dahulukan dan menjadi agenda utama negeri pastinya negeri ini menjadi idaman kpd sesiapa sahaja.

Ibarat sepohon pokok apabila sentiasa di bajai pastinya akan mekar dan mengeluarkan hasil, begitulah apabila rakyat diberi perhatian tentulah kehidupan mereka akan lebih sejahtera dan kemakmuran akan terus dinikmati.

Sesungguhnya antara rakyat dan pemimpin saling memerlukan untuk pembangunan sesebuah Negeri. Kepada warga Selangor marilah kita sama2 berganding bahu dan melangkah seiringan demi menjayakan pelbagai agenda yg telah dirancang. Secara keseluruhannya Visi Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan merupakan visi yg sgt murni.

Monday, July 22, 2013

Bosan












AKU BOSAN..

Tak der mood nyer lah..

Monday, July 15, 2013

Bulan 10



Al kisah nyer tentang kelahiran pada bulan 10..

Nie nak cite ckit tentang personaliti org yg lahir pada bulan 10


* Selesa berbual- bual saje..hehe..
*Suka menghargai org yg menghargainyer
*Dlm byk hal selalu ambil jln tengah
*Bukan seorang yg hepokrit
* Daya mengasihinya tinggi
* Kawan ade lah penting bagi nya..
* Dye mudah patah semangat tapi mampu bangkit
*Pemarah
* Sensitif juga tapi merajuknyer tak lame
*Kadang2 mementingkan diri dan berfikir serta menilai ikut suka sendiri..
*Kadang2 memang tertutup pada pandangan org lain
* Mudah terusik hati nyer
* Suka berangan
* kalau wanita firasatnyer tinggi
* minat pada seni n sastera
* Mudah mengasihi
* Lembut n suka menyayangi
* Bila bercinta Romantik..
* Amat cemburu
* Outdoor org nyer
* Boros
* Mudah di pengaruhi oleh persekitaran jika tidak dikawal
* Santun orgnyer..

Hehehe...SEKADAR MENGENAL DIRI..
Terimakasih DR HM TUAH ISKANDAR al-haj

Sunday, July 7, 2013

Dugaan apa kah ini..




  Pagi Rabu 3 Julai 2013 ... dlm perjalanan ke Perpustakaan, hati rasa tak sedap..aku teruskan pemanduan.. tiba di tempat keje..mula2 mesti pandang pintu.. dlm kereta lagi dah nampak kelainan..pintu terbuka..Oh mungkin Aswera rakan sekerja ku yg dtg dulu..Eh!! tapi kenapa Moto dye tak der..Takkan Aswera pegi kerja berjalan kaki


Aku perhatikan..pintu terbuka..Gril pun terbuka..aku melangkah ke Pintu dengan debaran..memang sangkaan ku benar belaka.. Perpustakaan ku di ceroboh.. aku perhatikan setiap sudut.. PC aku dah hilang..sedih hati ku..aku periksa setiap sudut.. selepas Aswera dtg baru ku tahu Laktop dye pun hilang.. Aku jadi lemah..Aku call en Harun..dye suruh wat report Polis.. aku tunggu kedatangan En Harun.. kemudian kami wat Report Polis di iringi En Harun dan Zamri..


Ya Allah Aku di duga lagi.. Aku lemah aku tak mampu nak tangggung berseorangan.. terimakasih pada teman2 yg memberi sokongan..terimakasih En Harun, Zamri, Marhana, Suzana n Kak jumayah yg sudi dtg bertanya khabar ku..sesungguhnyer kalian memberi kekuatan kpd ku..

Ya Allah dgn segala mcm dugaan n cabaran di cni..adakah aku mampu bertahan..aku tak tahu apa yg akan berlaku lagi di masa akan dtg..Aku hanya dpt memanjatkan Doa agar Perpustakaan ku dijauhi dari musibah.. pada Mu aku berserah Ya Allah.. Aku hanya mampu berdoa..itu saja yg mampu aku lakukan..


Ya Allah aku amat berharap agar keselamatan di cni lebih di pantau, aku juga amat mengharapkan agar ciri2 keselamatan dpt diperbaiki lagi pada masa akan dtg.. Moga pihak yg bertanggungjawab memberi penekanan terhadap baik pulih pintu dan gril ku ..supaya lebih baik dan mempunyai ciri2 keselamatan.. Ya Allah permudahkan lah segala urusan ku..

Adakala aku rindukan jawatan lamaku..supaya aku tak perlu memikirkan segala masalah dicni.. tapi bila aku fkir balik.. semua tempat punyai masalah tersendiri..jln terbaik aku mesti teruskan dgn semangat baru, perbaiki diri, jgn lemah..perlu kuat mengharugi cabaran..perlu cekal, perlu berdikari..dan selebihnyer aku serahkan semuanyer kpd Allah..


Terimakasih kpd teman2 yg memahami aku.. aku amat hargainyer.. tanpa kalian siapalah aku.. aku memang perlukan kalian di saat2 aku memerlukan..

Monday, July 1, 2013

SELAMAT BERTUNANG






Selamt bertunang adik iparku..Nasarudin n tunangannye Syiera..




                                                       Nasa n Syiera..











                               Rombongan kami dari pihak lelaki








Hantaran dari kedua2 belah pihak.. tema merah bagi pihak perempuan dan tema hijau dari kami..

 Yg ade halwa betik tu mestilah dari kami..hehe..



apr pun Selamat Bertunang yerr... :))